Tuesday, December 2, 2008

Lelaki akan cakap......

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi
Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....
Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...
Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh...
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...
Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak?Huh
Kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...Kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
Kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring"

Lelaki..... Ada komen?

Monday, December 1, 2008

Sepi

Jiwa ini sepi
Bagai hutan tiada penghuni

Jiwa ini kosong
Bagai malam tanpa bintang di langit

Jiwa ini tandus
Bagai padang pasir

Jiwa ini sedih
Bagai terhiris dengan pisau

Jiwa ini sayu
Bagai bunga yang tidak disiram

Semua kerana teramat rindukannya

Tapi aku pasti akan bersua jua dengannya

* sajak ni ditulis sebab rindu kat mak. Huhu! *

Saturday, November 29, 2008

Princess Zoela

Dalam hidup cinta boleh datang dan pergi
Ketawa kerananya senyum kerananya
Menangis semahunya
Sakit…..

Bermula dengan persahabatan
Segelintir pula cuma sedar
Bila ia hilang….

Semata-mata untuk rasa dihargai
Ada yang percaya cintanya untuk selamanya

Some of us finally will realize
That life is not a fairy tale

Demi sebuah impian tak salah untuk kita berkorban
Bila mana hati kita rapuh menghadapi realiti
Menangis semahunya
Tapi jangan biarkan hati kita terus rebah

Sejauh mana kita kenal hati budi seseorang
Kita tetap tidak boleh buat penilaian
In life, we have to learn to let go
And keep on moving

Bermula dengan hati, angan dan mimpi
Sebesar mana pun kedudukan kita
Segagah prinsip mampu goyah
Because of love
Because we’re human being
Mudah lemas bila cintanya lemah
Kita harus percaya naluri
Just admit it
Lafazkan cintaku mahukan dia

As for me
Hanya Tuhan yang tahu
Bagaimana penghujung hidupku
Tapi saya tahu apa permulaan cinta
Terpulang pada kita untuk buat pilihan
To win or to lose

Saturday, September 13, 2008

Cinta Penawar Kepahitan

Rasa cinta sebenarnya wujud dalam semua hati manusia. Sebab itu orang pernah cakap. Cinta ada dalam hati, carilah ia di situ. Cinta tak buta tapi kita yang lupa bagi mata pada cinta. Pada yang sedang mencari cinta sejati, aku doakan korang berjaya. Untuk dicintai, kita perlu belajar mencintai diri sendiri dulu. Macam mana nak cintakan diri sendiri? Terima segala kekurangan dan bersyukur dengan kelebihan yang kita ada. Kalau cinta tak berbalas, jangan khuatir. Cinta pada Allah pasti mengatasi segala-galanya.

Tuesday, September 2, 2008

Alam perkahwinan

Aku penah tanya seorang kawan. Apa perlunya dalam sesebuah perkahwinan? Cinta ke saling memahami ke kasih sayang ke. Dia kata biar lelaki tu sayang kita, jangan kita sayang sangat pada lelaki tuh. Jadi aku boleh buat kesimpulan. Perkahwinan sebenarnya kita berkongsi hidup dengan seseorang. Sometimes, even kita tak cinta pun kat dia but by the time kita dah duduk bersama and meluangkan banyak masa bersama maka cinta tu akan hadir sendiri. Jadi cinta tu bukan la satu keperluan yang sangat nyata dalam sesebuah perkahwinan. Kadang-kadang kita tak perlu la nak ucap kata-kata cinta pada orang yang kita sayang. Cukup dengan tunjuk yang kita sangat take care kat dia and jadi setia.
Sebenarnya benda paling susah dalam menempuh alam perkahwinan ialah membuat keputusan dengan siapa kita akan berkahwin. Am I right? Perkahwinan satu percaturan hidup, tak boleh nak patah balik kalau buat silap. Kesannya sampai akhir hayat. Aku doakan korang semua akan dapat buat pilihan yang tepat. Semoga sinar cinta sejati dan kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua.

Sunday, August 31, 2008

The Wooden Bowl

A frail old man went to live with his son, daughter-in-law, and a four-year old grandson. The old man's hands trembled, his eyesight was blurred, and his step faltered. The family ate together nightly at the dinner table. But the elderly grandfather's shaky hands and failing sight made eating rather difficult. Peas rolled off his spoon onto the floor. When he grasped the glass often milk spilled on the tablecloth. The son and daughter-in-law became irritated with the mess.
"We must do something about grandfather," said the son. I've had enough of his spilled milk, noisy eating, and food on the floor. So the husband and wife set a small table in the corner. There, grandfather ate alone while the rest of the family enjoyed dinner at the dinner table. Since grandfather had broken a dish or two, his food was served in a wooden bowl.
Sometimes when the family glanced in grandfather's direction, he had a tear in his eye as he ate alone. Still, the only words the couple had for him were sharp admonitions when he dropped a fork or spilled food. The four-year-old watched it all in silence.
One evening before supper, the father noticed his son playing with wood scraps on the floor. He asked the child sweetly, "What are you making?" Just as sweetly, the boy responded, "Oh, I am making a little bowl for you and mama to eat your food from when I grow up." The four-year-old smiled and went back to work. The words so struck the parents that they were speechless. Then tears started to stream down their cheeks. Though no word was spoken, both knew what must be done. That evening the husband took grandfather's hand and gently led him back to the family table.
For the remainder of his days he ate every meal with the family. And for some reason, neither husband nor wife seemed to care any longer when a fork was dropped, milk spilled, or the tablecloth soiled. Children are remarkably perceptive. Their eyes ever observe, their ears ever listen, and their minds ever process the messages they absorb.
If they see us patiently provide a happy home atmosphere for family members, they will imitate that attitude for the rest of their lives. The wise parent realizes that every day that building blocks are being laid for the child's future.

Ramadhan Tiba Lagi

Esok kita akan mula menunaikan rukun islam kita yang ke-2. Berpuasa pada bulan Ramadhan. Puasa beerti menahan diri dari makan dan minum bermula terbitnya ufuk di langit sehingga terbitnya mega merah di langit. Bukan itu sahaja, kita juga perlu menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa serta mengurangkan pahala puasa kita. Semoga ibadah kita pada tahun ini diberkati oleh Allah s.w.t. Amin

Saturday, August 30, 2008

Would't it be nice

Wouldnt it be nice if we were older
Then we wouldnt have to wait so long
And wouldnt it be nice to live together
In the kind of world where we belong
You know its gonna make it that much better
When we can say goodnight and stay together

Wouldnt it be nice if we could wake up
In the morning when the day is new
And after having spent the day together
Hold each other close the whole night through
Happy times together weve been spending
I wish that every kiss was neverending
Wouldnt it be nice

Maybe if we think and wish and hope and pray it might come true
Baby then there wouldnt be a single thing we couldnt do
We could be married
And then wed be happy
Wouldnt it be nice

You know it seems the more we talk about it
It only makes it worse to live without it
But lets talk about it
Wouldnt it be nice

Friday, August 29, 2008

Kalau aku superhero

Korang pernah terfikir tak, kalau korang ni ada peluang nak jadi superhero, superhero camne yang korang nak jadi. Aku ingat nak jadi macam superman tuh, ada kuasa terbang. Senang sket aku nak pergi keje, jimat tenaga, jimat duit minyak. Pastu ada kuasa nak buat semua kerja dengan cepat. Boleh la aku basuh baju, kemas rumah cepat sket. Erm nanti aku boleh bantu polis tangkap semua penjenayah kat Malaysia ni. Lagi satu aku rasa nak memelihara binatang ajaib macam Doraemon tuh. Dia kan ada mesin masa. Lagi la kes-kes jenayah yang tak habis-habis kat mahkamah dapat diselesaikan. Kita pergi je waktu kejadian tu dengan mesin masa, pastu kan terus dapat detect sape yang buat salah. Kalau la kita boleh jadi superhero. Tapi takde orang macam tu kan? Kenapa agaknya? Sebab manusia ni kalau la ada kuasa macam tu tentu huru-hara bumi ni dengan penyalahgunaan kuasa yang berleuasa. Hehe! Mampu berangan je la kita semua ni.

Thursday, August 28, 2008

Drama Ezora dah berakhir

Hari ini episod last drama Ezora kat TV3. Mulanya aku tak berapa suka tengok drama ni sebab dalam paper ramai betul orang kutuk. Tapi sebab minat kat Fazura punya pasal, aku meneruskan niat aku menjadi penonton setia drama ni. Aku tengok la orang kat Malaysia ni suka sangat kutuk cerita Melayu yang ditayangkan dalam Tv. Pastu puji cerita luar bagus. Kadang-kadang diorang ni tak nampak ketidaklogikan dalam drama luar yang diorang tengok tuh. Berbalik pada drama Ezora tadi, aku suka ending dia. Aku ingat Ezora tu akan terima Reza balik tapi nyata dia pilih Adreen. Orang pernah kata, sebelum kita jumpa lelaki yang sebenarnya untuk kita, kita akan jumpa lelaki yang salah. Mungkin menda yang berlaku pada Ezora tu ada hikmah. Perkahwinan dia dengan Reza, penceraian dia, kehidupan dia semasa dia jadi cucu Onni semuanya ada sebab. Supaya dia rapat dengan Adreen dan dia sedar Adreen adalah lelaki yang betul2 untuk dia. Aku rasa produser kat Malaysia ni jangan takut la nak buat drama. Sebenarnya ramai je orang suka tengok. Diorang bukan suka pun tengok telenovela Brazil ke sinetron Indonesia ke tapi sebab takde cite Melayu nak tengok. Kalau ada pun, pukul 11 kat TV1. Sape je boleh tengok cite tu, surirumah boleh la. Padahal cerita semua bagus-bagus. Aku bukan apa, sebagai warganegara yang prihatin, aku jemu tengok pendatang asing memonopoli semua menda yang ada kat Malaysia ni. Sempena merdeka yang ke-51 ni, sama-sama la kita menyemai semangat nasionalisme dalam diri.

Tuesday, August 26, 2008

Hidup hanya sekali

Selalu orang kata 'hidup hanya sekali, jadi pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi. Buatlah apa yang kamu hendak buat kerana kamu cuma ada satu peluang'. Asalkan tak langgar hukum Allah, terserah la pada kita. Dulu aku selalu rasa aku tak pernah buat something yang best dalam hidup tapi bila aku semakin dewasa baru aku faham sebenarnya kita tak perlu duit yang banyak, berjalan ke tempat mewah atau ada seorang bf yang hensem untuk rasa gembira. Asal kita dikelilingi family,kawan-kawan and orang yang kita sayang, sebenarnya itu yang buat hidup jadi bermakna. Jangan fikir sangat pasal menda laen. Duit, cinta ke apa ke. Selagi kita melakukan menda yang betul dengan niat ikhlas. Semua akan datang kat kita balik. So do not worry.

Sunday, August 24, 2008

Belajar untuk bersyukur

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Friday, August 22, 2008

Kayangan

Kadang-kadang tak semua benda yang kita inginkan kita akan dapat walaupun kita telah berusaha sekerasnya. Berusaha lagi bagus daripada kita duduk diam dan berangan. Macam tu buat seolah-olah kita berada di alam kayangan yang tak tahu la wujud ke tak. Balik la ke bumi dan berpijaklah di bumi yang nyata. Itu la yang aku dapat dalam cerita Kayangan. Kalau bertuah dapat la kita apa yang kita nak. kadang-kadang tuah tu tak datang bergolek. Dia datang dengan usaha keras, kesabaran dan yakin dengan Allah.

Thursday, August 21, 2008

Warkahku - Bau

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Wednesday, June 18, 2008

Aku yang terluka

Hari ni aku rasa sangat terluka
Bukannya pasal putus cinta
Tapi kena marah puncanya
Membuat aku rasa aku orang paling teruk di dunia

Hari ini aku terluka
Aku jua rasa putus asa
Mengapalah agaknya
Nasib ini yang menimpa

Hari ini aku terluka
Bukan kali pertama tapi kali kedua
Pedih yang dulu masih terasa
Tambah parah dalamlah lukanya

Hari ini aku terluka
Harap esok ada ceria menjelma
Kuserahkan segalanya pada yang Esa
Semoga tabah hadapi ujianNya

Friday, June 6, 2008

Cerita 2 - sambungan

Selepas hujan turun mencurah-curah itu, semua tumbuh-tumbuhan termasuk juga sang bunga telah hanyut dibawa arus deras. Tapi si rumput masih ada. Menanti redanya hujan supaya sinaran mentari dapat menyinar kembali.

Aku rasa aku ni macam rumput tuh. Walaupun dia tak pandang aku pun tapi aku tetap suka dia. Aku pun tak tau kenapa? Betul la kata orang, cinta itu buta. Kawan aku pernah kata, cinta itu tak buta tapi kita yang tak beri mata pada cinta. Hmmm...... bestnya la kalau ada ubat yang boleh buat kita lupa pada kenangan pahit kita. Tak perlu nak ingat zaman kita susah, tak perlu nak ingat orang-orang yang buat kita sedih. Tapi kalau takde semua ni, tak trill la hidup kita ni. Kosong. Macam lagu Dewa.

Dan mungkin kesilapan terbesar aku...... jatuh hati pada dia. Aku tak sepatutnya suka dia.

Thursday, June 5, 2008

Cerita 2

Bunga dan matahari sangat mencintai. Matahari menyukai bunga kerana bunga sangat cantik. Warnanya merah, mekar berkembang dan sangat memikat. Bunga pula suka pada matahari kerana matahari sangat gagah perkasa. Mampu menerangi alam maya yang luas ini. Setiap pagi adalah pagi yang indah buat matahari dan bunga kerana mereka dikelilingi syair cinta.
Tanpa pengetahuan sesiapa, sang rumput sangat mencintai matahari. Bukan kerana dia gagah menyinari alam. Kerana sinarnya tumpah, menyebabkan tumbuhan membesar. Rumput hanya makan hati melihat hubungan matahari dan bunga. Siapalah dirinya, walau sejauh mana dia berdiri matahari tetap tidak akan pandang padanya. Hanya menjadi pijakan orang yang lalu lalang. Tetapi bunga tidak pula dipijak malah dipuji.
Sehinggalah pada suatu hari, datang sang kumbang. Sang kumbang terpikat pada kecantikan bunga. Sang kumbang merayu, pintar bermain dengan kata-kata sehingga bunga tidak lagi mempedulikan matahari. Kumbang yang hanya inginkan madu bunga mula memikat bunga. Mencaci dan memburukkan matahari. Bunga mula renggang hubungannya dengan matahari.
Matahari berasa amat sedih kerana ditinggalkan bunga. Matahari tidak muncul berhari-hari maka turunlah hujan. Hujan turun mencurah-curah sehingga........................

^bersambung^

Wednesday, June 4, 2008

Cinta Tiada Bersebab

Cerita ni aku dengar dalam radio suatu waktu dulu.

Pada suatu hari sepasang suami isteri berjalan-jalan di sebuah taman. Mereka beristirehat di sebuah bangku yang ada di situ. Lantas si isteri bertanya pada suami. Berikan sebab mengapa jatuh cinta dengannya. Suami hanya terdiam. Lama dia berfikir. Setelah itu dia memberikan jawapan 'tiada sebab'. Si isteri merasa amat tidak puas hati. Setelah didesak, si suami pun memberitahu mengapa dia mencintai isterinya.

Aku cintakan kamu kerana aku suka melihat kamu ketawa
Aku cintakan kamu kerana aku suka melihat kamu tersenyum
Aku cintakan kamu kerana aku suka melihat kamu bercakap

Si isteri sangat berpuas hati dengan jawapan suami.

3 bulan selepas itu, si isteri terlibat dalam sebuah kemalangan yang mengakibatkannya koma. Si suami menemani si isteri saban hari di hospital. Kata si suami pada isteri.

Jika aku cintakan kamu kerana suka melihat kamu ketawa, adakah kamu mampu lagi ketawa sekarang.
Jika aku cintakan kamu kerana suka melihat kamu tersenyum, adakah kamu mampu tersenyum sekarang.
Jika aku cintakan kamu kerana suka melihat kamu bercakap, adakah kamu boleh bercakap sekarang.

Aku cintakan kamu tanpa sebarang sebab. Jika cinta aku bersebab, maka jika sebab itu tak dapat lagi dipenuhi, tiada lagi sisa cinta dariku.

Moral value of the story : Jangan cintai pasangan korang bersebab, cintai dia kerana dia. Aku doakan semoga korang semua bahagia menempuhi alam percintaan. Lagi satu, kawan aku penah kata, kawin dengan orang yang korang boleh berbual banyak perkara dengan dia sebab itu la teman korang masa tua nanti.

Tuesday, June 3, 2008

Ungu - Andai Ku Tahu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku jua
Tak pantas di syurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat PadaMu

Ungu - Tercipta Untukku

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Adakah ini Cinta

Jika jiwa tak tenang
Fikiran melayang
Hati tak senang
Dalam hati terkenang
Ingat pada seseorang

Adakah ini yang dikatakan cinta
Perasaan suka
Yang kadangkala bawa derita

Cinta indah bila diterima
Cinta punah bila si dia enggan menyambutnya
Tapi yang pasti
Cinta pada Allah
Mengatasi segalanya
Sentiasa ada untuk kita
Berserah padaNya

* Pada yang baca sajak aku karang ni, thanks bebeh. Need ur comment. Tak kesah nak tulis apa janji korang jujur ngan aku, jujur ngan diri sendiri.

Beban Dalam Hati

Jika beban aku ringan seperti kapas
Aku nak tiup
Supaya ia melayang jauh
Diterbang angin
Dan takkan datang kembali

Jika beban aku berat seperti batu
Aku nak buang
Jauh ke dalam lautan
Biar ia tenggelam
Dan takkan timbul-timbul lagi

Jika beban aku kecil seperti semut
Aku nak simpan dalam laci
Biar ia tersorok
Dan aku takkan nampak ia lagi

Jika beban aku besar seperti gajah
Aku nak tanam dalam tanah
Biar ia tersimpan
Dan takkan muncul lagi

Tapi mana mungkin
Beban aku
Tak ringan macam kapas
Tak berat macam batu
Tak kecil macam semut
Tak berat macam gajah

Kalau aku tidur selama setahun
Tanpa bangun
Bila aku terjaga
Beban ini tak akan lari
Akan tetap berbekas di hati

Aku kena cuba
Jadikan beban ini suatu dugaan
petanda Dia
Sayangkan umatNya

Antara Cinta dan Suka

Di hadapan orang yang kau cintai,
Musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah
Di hadapan orang yang kau sukai,
Musim dingin tetap saja musim dingin hanya suasananya lebih indah sedikit.

Di hadapan orang yang kau cintai,
Jantungmu tiba-tiba berdebar lebih cepat,
Di hadapan orang yang kau sukai,
Kau hanya berasa senang dan gembira sahaja.

Di hadapan orang yang kau cintai,
Kata-kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam,
Di hadapan orang yang kau sukai,
Kata-kata hanya keluar dari fikiran sahaja.

Jika orang yang kau cintai menangis,
Engkau pun akan ikut menangis di sisinya,
Jika orang yang kau sukai menangis,
Engkau hanya menghibur sahaja.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
Sedangkan rasa suka dimulai dari telinga

Jadi jika kau mahu berhenti menyukai seseorang,
Cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kau cuba menutup matamu dari orang yang kau cintai,
Cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama

Tetapi selain rasa suka dan cinta….
Ada perasaan yang lebih mendalam,
Iaitu rasa
SAYANG…….

Rasa yang tidak hilang
Secepat rasa cinta
Rasa yang tidak mudah berubah,
Perasaan yang dapat membuatmu,
Berkorban untuk orang yang kamu sayangi
Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi

Cinta ingin memiliki
Tetapi sayang hanya ingin melihat orang yang disayanginya bahagia……
Walaupun harus kehilangan…….

Kau yang tersendiri

Tika fajar menyingsing
Kau sendiri terasing
Merenung suria
Di pagi indah
Dengan mata berkaca

Kau bak sekuntum bunga
Di pinggir pergunungan
Tersisih sepi
Bersama mimpi
Yang tidak kesampaian

Kerendahan hatimu
Kerna menyedari kekurangan diri
Sehingga kau terlupa
Betapa luasnya
Dunia

Keistimewaanmu
Bagai mawar nan biru
Kau tersendiri
Suci berseri
Izinku menghampiri

Ungu - Ikhlas

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi
Mampukah ku untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
DihadapanNya
DihadapanMu Ya Allah

Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas dihatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatNya
Tanpa tulus dihatinya

Ungu - Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu,
dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Mencintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja