Wednesday, June 4, 2008

Cinta Tiada Bersebab

Cerita ni aku dengar dalam radio suatu waktu dulu.

Pada suatu hari sepasang suami isteri berjalan-jalan di sebuah taman. Mereka beristirehat di sebuah bangku yang ada di situ. Lantas si isteri bertanya pada suami. Berikan sebab mengapa jatuh cinta dengannya. Suami hanya terdiam. Lama dia berfikir. Setelah itu dia memberikan jawapan 'tiada sebab'. Si isteri merasa amat tidak puas hati. Setelah didesak, si suami pun memberitahu mengapa dia mencintai isterinya.

Aku cintakan kamu kerana aku suka melihat kamu ketawa
Aku cintakan kamu kerana aku suka melihat kamu tersenyum
Aku cintakan kamu kerana aku suka melihat kamu bercakap

Si isteri sangat berpuas hati dengan jawapan suami.

3 bulan selepas itu, si isteri terlibat dalam sebuah kemalangan yang mengakibatkannya koma. Si suami menemani si isteri saban hari di hospital. Kata si suami pada isteri.

Jika aku cintakan kamu kerana suka melihat kamu ketawa, adakah kamu mampu lagi ketawa sekarang.
Jika aku cintakan kamu kerana suka melihat kamu tersenyum, adakah kamu mampu tersenyum sekarang.
Jika aku cintakan kamu kerana suka melihat kamu bercakap, adakah kamu boleh bercakap sekarang.

Aku cintakan kamu tanpa sebarang sebab. Jika cinta aku bersebab, maka jika sebab itu tak dapat lagi dipenuhi, tiada lagi sisa cinta dariku.

Moral value of the story : Jangan cintai pasangan korang bersebab, cintai dia kerana dia. Aku doakan semoga korang semua bahagia menempuhi alam percintaan. Lagi satu, kawan aku penah kata, kawin dengan orang yang korang boleh berbual banyak perkara dengan dia sebab itu la teman korang masa tua nanti.

No comments: