Friday, June 6, 2008

Cerita 2 - sambungan

Selepas hujan turun mencurah-curah itu, semua tumbuh-tumbuhan termasuk juga sang bunga telah hanyut dibawa arus deras. Tapi si rumput masih ada. Menanti redanya hujan supaya sinaran mentari dapat menyinar kembali.

Aku rasa aku ni macam rumput tuh. Walaupun dia tak pandang aku pun tapi aku tetap suka dia. Aku pun tak tau kenapa? Betul la kata orang, cinta itu buta. Kawan aku pernah kata, cinta itu tak buta tapi kita yang tak beri mata pada cinta. Hmmm...... bestnya la kalau ada ubat yang boleh buat kita lupa pada kenangan pahit kita. Tak perlu nak ingat zaman kita susah, tak perlu nak ingat orang-orang yang buat kita sedih. Tapi kalau takde semua ni, tak trill la hidup kita ni. Kosong. Macam lagu Dewa.

Dan mungkin kesilapan terbesar aku...... jatuh hati pada dia. Aku tak sepatutnya suka dia.

No comments: