Tuesday, June 3, 2008

Antara Cinta dan Suka

Di hadapan orang yang kau cintai,
Musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah
Di hadapan orang yang kau sukai,
Musim dingin tetap saja musim dingin hanya suasananya lebih indah sedikit.

Di hadapan orang yang kau cintai,
Jantungmu tiba-tiba berdebar lebih cepat,
Di hadapan orang yang kau sukai,
Kau hanya berasa senang dan gembira sahaja.

Di hadapan orang yang kau cintai,
Kata-kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam,
Di hadapan orang yang kau sukai,
Kata-kata hanya keluar dari fikiran sahaja.

Jika orang yang kau cintai menangis,
Engkau pun akan ikut menangis di sisinya,
Jika orang yang kau sukai menangis,
Engkau hanya menghibur sahaja.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
Sedangkan rasa suka dimulai dari telinga

Jadi jika kau mahu berhenti menyukai seseorang,
Cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kau cuba menutup matamu dari orang yang kau cintai,
Cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama

Tetapi selain rasa suka dan cinta….
Ada perasaan yang lebih mendalam,
Iaitu rasa
SAYANG…….

Rasa yang tidak hilang
Secepat rasa cinta
Rasa yang tidak mudah berubah,
Perasaan yang dapat membuatmu,
Berkorban untuk orang yang kamu sayangi
Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi

Cinta ingin memiliki
Tetapi sayang hanya ingin melihat orang yang disayanginya bahagia……
Walaupun harus kehilangan…….

No comments: