Thursday, June 5, 2008

Cerita 2

Bunga dan matahari sangat mencintai. Matahari menyukai bunga kerana bunga sangat cantik. Warnanya merah, mekar berkembang dan sangat memikat. Bunga pula suka pada matahari kerana matahari sangat gagah perkasa. Mampu menerangi alam maya yang luas ini. Setiap pagi adalah pagi yang indah buat matahari dan bunga kerana mereka dikelilingi syair cinta.
Tanpa pengetahuan sesiapa, sang rumput sangat mencintai matahari. Bukan kerana dia gagah menyinari alam. Kerana sinarnya tumpah, menyebabkan tumbuhan membesar. Rumput hanya makan hati melihat hubungan matahari dan bunga. Siapalah dirinya, walau sejauh mana dia berdiri matahari tetap tidak akan pandang padanya. Hanya menjadi pijakan orang yang lalu lalang. Tetapi bunga tidak pula dipijak malah dipuji.
Sehinggalah pada suatu hari, datang sang kumbang. Sang kumbang terpikat pada kecantikan bunga. Sang kumbang merayu, pintar bermain dengan kata-kata sehingga bunga tidak lagi mempedulikan matahari. Kumbang yang hanya inginkan madu bunga mula memikat bunga. Mencaci dan memburukkan matahari. Bunga mula renggang hubungannya dengan matahari.
Matahari berasa amat sedih kerana ditinggalkan bunga. Matahari tidak muncul berhari-hari maka turunlah hujan. Hujan turun mencurah-curah sehingga........................

^bersambung^

No comments: