Thursday, August 28, 2008

Drama Ezora dah berakhir

Hari ini episod last drama Ezora kat TV3. Mulanya aku tak berapa suka tengok drama ni sebab dalam paper ramai betul orang kutuk. Tapi sebab minat kat Fazura punya pasal, aku meneruskan niat aku menjadi penonton setia drama ni. Aku tengok la orang kat Malaysia ni suka sangat kutuk cerita Melayu yang ditayangkan dalam Tv. Pastu puji cerita luar bagus. Kadang-kadang diorang ni tak nampak ketidaklogikan dalam drama luar yang diorang tengok tuh. Berbalik pada drama Ezora tadi, aku suka ending dia. Aku ingat Ezora tu akan terima Reza balik tapi nyata dia pilih Adreen. Orang pernah kata, sebelum kita jumpa lelaki yang sebenarnya untuk kita, kita akan jumpa lelaki yang salah. Mungkin menda yang berlaku pada Ezora tu ada hikmah. Perkahwinan dia dengan Reza, penceraian dia, kehidupan dia semasa dia jadi cucu Onni semuanya ada sebab. Supaya dia rapat dengan Adreen dan dia sedar Adreen adalah lelaki yang betul2 untuk dia. Aku rasa produser kat Malaysia ni jangan takut la nak buat drama. Sebenarnya ramai je orang suka tengok. Diorang bukan suka pun tengok telenovela Brazil ke sinetron Indonesia ke tapi sebab takde cite Melayu nak tengok. Kalau ada pun, pukul 11 kat TV1. Sape je boleh tengok cite tu, surirumah boleh la. Padahal cerita semua bagus-bagus. Aku bukan apa, sebagai warganegara yang prihatin, aku jemu tengok pendatang asing memonopoli semua menda yang ada kat Malaysia ni. Sempena merdeka yang ke-51 ni, sama-sama la kita menyemai semangat nasionalisme dalam diri.

No comments: